Profil Syarikat

REVIU KORPORAT

BAKAWALI BERKAT CONSTRUCTION ditubuhkan pada tahun 2010. Syarikat ini diasaskan bagi menyahut saranan pihak kerjaan supaya lebih ramai graduan terutamanya graduan Melayu menceburi bidang perniagaan. 

Di peringkat awal penubuhan, BAKAWALI BERKAT CONSTRUCTION mensasarkan penglibatan dalam kerja-kerja ubahsuai termasuk ubahsuai rumah, ubahsuai pejabat, ubahsuai lanskap dan kerja-kerja membekal dan memasang perabut kayu (sila rujuk iklan).

BAKAWALI BERKAT CONSTRUCTION juga aktif dalam kerja-kerja khidmat professional seperti penyediaan LUKISAN 3D untuk memudahkan pelanggan mendapat gambaran awal hasil ubahsuai dan juga penyediaan PLAN untuk kelulusan pihak majlis perbandaran dan pihak berkuasa tempatan (PBT). 

BAKAWALI BERKAT CONSTRUCTION sentiasa mementingkan aspek kualiti dan kos pembinaan dalam setiap projek yang dijalankan. Berbekalkan moto "Kualiti Terbaik Pada Harga Terendah"

BAKAWALI BERKAT CONSTRUCTION mensasarkan kepuasan pelanggan yang maksimum. 


REVIU KEPIMPINAN

Pengasas bersama iaitu En. Mohd Nazir bin Daut dan juga En. Raja Shah Rizal bin Raja Said adalah graduan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). 


En Mohd Nazir bin Daut pernah berkhidmat di beberapa buah syarikat berkaitan pembinaan termasuk sebuah syarikat perunding kejuruteraan awam dan struktur yang masih baru beroperasi. Pengalaman yang ditimba bersama syarikat kecil menjadikan beliau mahir dalam selok belok pengurusan syarikat selain menggalas tugasan utama sebagai Jurutera Projek. Beliau pernah terlibat dalam pengurusan projek pembinaan bangunan akademik Universiti Kebangsaan Malasia (UKM) bernilai RM20juta sebagai Jurutera Struktur & Awam. Memegang portfolio sebagai Pengarah Urusan, beliau mempunyai Misi dan Visi yang jelas untuk membawa BAKAWALI BERKAT CONSTRUCTION ke peringkat yang lebih tinggi.


Pengalaman menguruskan tapak bina sebagai Pengurus Tapak Bina dan Jurutera Tapak selama beberapa tahun menjadikan En Raja Shah Rizal bin Raja Said seorang yang sangat peka tentang permasalahan yang biasa berlaku di tapak bina. Beliau yang memegang portfolio sebagai Pengarah Projek akan sentiasa memastikan pelanggan-pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja kami.

MISI

Misi BAKAWALI BERKAT CONSTRUCTION ialah untuk mengukuhkan tapak dan berdaya saing di dalam industri pembinaan, terutamanya pada projek berskala sederhana.

VISI

Berbekalkan tenaga dan idea-idea yang baru, BAKAWALI BERKAT CONSTRUCTION akan terus berkembang untuk menjadi sebuah syarikat pembinaan yang maju dan berwibawa.